sukan popular: arsene wenger digantung perlawanan

Sunday, 29 January 2017

arsene wenger digantung perlawanan


PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger digantung empat perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) selepas tindakan kasarnya terhadap pegawai perlawanan.
Wenger diarah keluar padang oleh pengadil perlawanan, Jon Moss ketika Arsenal mengalahkan Burnley 2-1 di Stadium Emirates minggu lalu.
Dalam perlawanan itu, Wenger dikatakan memprotes keputusan pengadil yang memberikan sepakan penalti kepada Burnley.
Kerana tindakannya. Pengurus berasal dari Perancis itu tidak dapat berada di tepi padang pada perlawanan melibatkan pasukannya.
Bagaimanapun, Wenger terlepas daripada penggantungan memasuki stadium apabila didapati menolak pegawai perlawanan keempat, Anthony Taylor di kawasan terowong di Stadium Emirates.
Wenger juga didenda AS$31,300 (RM138,768) selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Penggantungan itu menyebabkan Wenger sekadar menonton ketika The Gunners menentang Southampton di pusingan keempat Piala FA, Sabtu (Sabtu (28/1), serta pada tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris melawan Watford (31/1), Chelsea (4/2), dan Hull City (11/2). 



0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home